Search This Blog

Wednesday, January 6, 2010

ZIKIR & FIKIR

Ustaz Syed Hasan Alatas

 Zikir dari segi bahasa maksudnya ‘ingat’, doa, tahmid, wirid, ratib, menunaikan ibadah solat, puasa, zakat, hajji, membaca al-Quranurlkarim, menyebut nama-nama Allah (Asmaa ul- Husna) dan sebagainya, semua itu mengandung maksud untuk mengingat kepada Allah s.w.t. Allah memerintahkan kita supaya sentiasa mengingatnya dalam keadaan apapun juga, sebagaimana firmannya yang bermaksud:
 “ (iaitu) Orang yang menyebut dan mengingat Allah semasa ia berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami ! tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Q.s. Almunafiqun : 9)
 Dalam ayat tersebut di atas disamping berzikir kita juga perlu berfikir, kedua-duanya mengandung faedah besar bagi kehidupan kita di dunia dan diakhirat. Sesungguhnya berzikir kepada Allah sangat besar pahalanya. Jika kita sentiasa ingat kepada Allah, tentu saja Allah sentiasa mengingat kita (Q.s al-Baqarah: 152.). Kita akan memperoleh kekuatan batin, jiwa kita akan tenang .(Q.s. Ar- Ra’d:28). "Perkataan yang paling disukai Allah S.W.T. ada empat : Subhanallah (Maha Suci Allah), wal Hamdulillah (dan segala puji bagi Allah), walaa ilaaha Illallah (dan tiada tuhan selain Allah), wallahu Akbar (dan Allah Maha Besar). (H.R.Muslim). Menyebut dan mengingat Allah perlulah dilakukan dengan merendah diri, dan tidak pula dengan suara yang keras (Allah Maha mendengar), khusyuk, ikhlas, karena Allah, Insya Allah zikir kita akan membuahkan hasil. Ayat tersebut diatas disamping mengingatkan kita supaya sentiasa mengingat Allah S.W.T. juga kita disuruh menggunakan fikiran kita untuk memikirkan segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Bila kita berfikir tentang kejadian langit dan bumi dan segala apa yang terkandung didalamnya, sudah tentu kita kagum betapa tersusunnya segala apa diruang angkasa ini. Planet bumi dan lain-lainnya, bintang-bintang yang tidak terkira jumlahnya, semua beredar pada tempatnya masing-masing tak sanggup kita menghitungnya. Apa akan terjadi jika planet-planet yang ada, dan bintang yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya, peredaranya tidak teratur, umpamanya bumi mendekati matahari, bulan menuju ke bumi, ataupun terjadi tabrakan antara satu planet dengan planet lainnya, satu bintang dengan bintang yang lainnya, sudah tentu segala apa yang ada dalam alam raya akan musnah. Ciptaan Allah sungguh amat sempurna, jika kita mahu berfikir bagaima kita telah diciptakan, daripada benih lelaki dan wanita menjadi makluk manusia yang cantik rupawan. Daripada keadaan lemah diwaktu dilahirkan, sedikit demi sedikit kita membesar. Dianugerahkan pendengaran, penglihatan, pandai berkata-kata, meningkat dewasa dan selanjutnya tua, apa tidak sepatutnya kita berterima kasih atas segala anugerah Allah itu semua. Cobalah kita fikirkan untuk apa kita hidup didunia ini, apakah sekedar hidup, makan dan minum, bermain-main, kemudian mati ? Kalau demikian keadaannya apa bedanya kita dengan makhluk Allah yang lainnya yang disebut binatang. Sudah tentu dengan kita suka berfikir dan memikirkan kenapa keadaan kita ummat Islam jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan ummat lainnya, dan mahu memperbaiki segala kesalahan kita, kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. berkasih sayang antara satu dengan lainnya, Insya Allah ummat Islam akan menjadi sebaik-baiknya Ummat. Memandangkan jumlah Ummat Islam melebihi satu perlima penduduk dunia, dan melihat limpahan berbagai kekayaan terkandung dalam bumi Negara-Negara Islam, maka tidak sepatutnya ummat Islam keadaannya seperti sekarang ini, oleh itu cubalah kita sentiasa mengingat Allah S.W.T.dan gunakanlah akal fikiran kita untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment